Dasar Privasi

lembar.my ialah tapak bacaan. Tiada pendaftaran akaun, tiada log masuk, dan kami tidak meminta nama, nombor telefon, atau alamat anda untuk membaca mana-mana artikel.

Apa yang kami kumpul

E-mel. Jika anda e-mel kami, alamat dan kandungan mesej itu disimpan supaya kami boleh membalas. Ia tidak dijual atau dikongsi.

Statistik lawatan. Kami guna statistik agregat untuk tahu artikel mana yang dibaca: bilangan lawatan, halaman rujukan, jenis peranti. Ia tidak mengenal pasti anda secara individu.

Pautan luar. Artikel kami memaut ke laman penganjur, media lain, dan platform tiket. Setelah anda klik keluar, dasar privasi laman itu yang terpakai, bukan dasar ini.

Kuki

Tapak ini tidak menetapkan kuki untuk pengiklanan atau pengesanan merentas laman. Jika itu berubah, halaman ini akan dikemas kini terlebih dahulu.

Hak anda

Anda boleh minta kami padam e-mel anda daripada rekod kami pada bila-bila masa. Hantar permintaan ke hello@lembar.my.